Introducing Dedizaino The Story Just Begun Only The Best For The Best

Monday 4 June 2012

Apa Yang Anda Tak Nampak ( 8 Gambar )

Sesuatu yang jarang atau tidak pernah kita nampak ialah bagaimana bumbung sesebuah bangunan tinggi duganakan bukan hanya sebagai bumbung. Gelanggang tenis, taman, kolam renang, driving range, dan taman permainan adalah sebahagian contoh bagaimana bumbung sesebuah bangunan dapat digunakan secara bijak.
Osem...









Green Envelope ' Pokok Gergasi ' ( 6 Gambar )

Boutique Design telah merekabentuk sebuah aparment yang dikelilingi lanskap yang menghijau walaupun anda berada di tingkat 30. Bangunan ini di reka dengan ruang balkoni yang luas untuk menempatkan tumbuhan hijau yang pastinya memberikan kesegaran kepada ruang kediaman anda. Kelihatan seperti sepohon pokok yang sangat besar, aparment ini sangat sesuai dibina di bandar-bandar besar dan penghuni apartment ini pastinya tidak sabar untuk pulang menikmati keindahan taman di rumah anda sendiri.
Osem...






Wednesday 30 May 2012

Menara Tertinggi Di Afrika ( 6 Gambar )

Bandar Tshwane di Africa bakal mempunyai sebuah menara yang tertinggi di negara tersebut. Menara 110 tingkat  dengan ketinggian 447 meter akan dibina bersama dua buah lagi menara dengan masing masing mempunyai ketinggian 336 meter dan 210 meter dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2018 nanti.
Menara ini yang menempatkan unit kediaman, ruang perniagaan, pejabat, dan juga hotel mempunyai sumber bekalan tenaganya sendiri daripada 7 buah turbin angin yang mampu untuk menampung keperluan tenaga bagi kegunaan menara ini.
Osem...


Alfa Romeo C12 GTS Concept ( 10 Gambar )

Kepada peminat-peminat tegar Alfa Romeo, Dedizaino ingin berkongsi sebuah kereta konsep daripada Alfa Romeo yang sangat Osem ini. Kereta ini ataupun lebih tepat lagi supercar ini mempunya rekabentuk yang sangat Osem dengan garis lengkung yang tampak sangat garang. Rekaan pada bahagian hadapan masih lagi mempunyai DNA Alfa Romeo dengan rekabentuk yang lebih ekstrem. Setakat ini, masih belum ada lagi butiran-butiran terperinci mengenai model ini dan yang pastinya peminat-peminat Alfa Romeo pastinya menantikan kemunculan model ini.
Osem...


Tuesday 29 May 2012

Berita Osem ~ Landmark Tower Seoul ( 3 Gambar )

Arkitek Renzo Piano Building Workshop telah mendedahkan rekaan mereka untuk cadangan projek menara di Daerah Perindustrian Yongsan, Seoul Korea. Menara dengan ketinggian 620 meter ini akan dibina di kawasan pembangunan yang berkeluasan 3 juta meter persegi dan akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia setakat ini. Engineer dan arkitek masih lagi dalam proses meneliti rekabentuk dan perincian dengan mengambil kira faktor tenaga, gegaran gempa bumi dan juga taufan dalam rekabentuk menara ini.




Saturday 26 May 2012

BMW Zagato Coupe ~ Proses Rekabentuk ( 13 Gambar )

Dalam koleksi sebelum ini, Dedizaino telah memaparkan Aston Martin Zagato. Kali ini, Dedaizo akan memaparkan satu lagi Zagato tetapi dalam versi BMW iaitu BMW Zagato Coupe.
BMW cukup sinonim dengan rekaan rekaan sport mewah dan kali ini mereka memperkenalkan satu lagi model untuk pasaran kereta sport mewah dan akan dipamerkan pada pameran kereta ' Concorso d'Eleganza Villa D'Este 2012' pada 25 Mei hingga 28 Mei ini.
Osem...














Pentomonium Towers ~ Apartment Berkembar ( 9 Gambar )

Rekabentuk menara berkembar seolah olah menjadi satu trend di kalangan arkitek. Arkitek Murphy/Jahn telah merekabentuk sebuah apartment berkembar untuk Kawasan Perdagangan Antarabangsa Yongsan, Seoul Korea. Bangunan berkembar berketinggian 320 meter ini mempunyai sebuah sky bridge pada bahagian tengah dan rooftop canopy pada bahagian puncak menara.










Pages

Social Icons

Featured Posts

Facebook Page