Wednesday 30 May 2012

Menara Tertinggi Di Afrika ( 6 Gambar )

Bandar Tshwane di Africa bakal mempunyai sebuah menara yang tertinggi di negara tersebut. Menara 110 tingkat  dengan ketinggian 447 meter akan dibina bersama dua buah lagi menara dengan masing masing mempunyai ketinggian 336 meter dan 210 meter dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2018 nanti.
Menara ini yang menempatkan unit kediaman, ruang perniagaan, pejabat, dan juga hotel mempunyai sumber bekalan tenaganya sendiri daripada 7 buah turbin angin yang mampu untuk menampung keperluan tenaga bagi kegunaan menara ini.
Osem...


Alfa Romeo C12 GTS Concept ( 10 Gambar )

Kepada peminat-peminat tegar Alfa Romeo, Dedizaino ingin berkongsi sebuah kereta konsep daripada Alfa Romeo yang sangat Osem ini. Kereta ini ataupun lebih tepat lagi supercar ini mempunya rekabentuk yang sangat Osem dengan garis lengkung yang tampak sangat garang. Rekaan pada bahagian hadapan masih lagi mempunyai DNA Alfa Romeo dengan rekabentuk yang lebih ekstrem. Setakat ini, masih belum ada lagi butiran-butiran terperinci mengenai model ini dan yang pastinya peminat-peminat Alfa Romeo pastinya menantikan kemunculan model ini.
Osem...


Tuesday 29 May 2012

Berita Osem ~ Landmark Tower Seoul ( 3 Gambar )

Arkitek Renzo Piano Building Workshop telah mendedahkan rekaan mereka untuk cadangan projek menara di Daerah Perindustrian Yongsan, Seoul Korea. Menara dengan ketinggian 620 meter ini akan dibina di kawasan pembangunan yang berkeluasan 3 juta meter persegi dan akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia setakat ini. Engineer dan arkitek masih lagi dalam proses meneliti rekabentuk dan perincian dengan mengambil kira faktor tenaga, gegaran gempa bumi dan juga taufan dalam rekabentuk menara ini.




Saturday 26 May 2012

BMW Zagato Coupe ~ Proses Rekabentuk ( 13 Gambar )

Dalam koleksi sebelum ini, Dedizaino telah memaparkan Aston Martin Zagato. Kali ini, Dedaizo akan memaparkan satu lagi Zagato tetapi dalam versi BMW iaitu BMW Zagato Coupe.
BMW cukup sinonim dengan rekaan rekaan sport mewah dan kali ini mereka memperkenalkan satu lagi model untuk pasaran kereta sport mewah dan akan dipamerkan pada pameran kereta ' Concorso d'Eleganza Villa D'Este 2012' pada 25 Mei hingga 28 Mei ini.
Osem...














Pentomonium Towers ~ Apartment Berkembar ( 9 Gambar )

Rekabentuk menara berkembar seolah olah menjadi satu trend di kalangan arkitek. Arkitek Murphy/Jahn telah merekabentuk sebuah apartment berkembar untuk Kawasan Perdagangan Antarabangsa Yongsan, Seoul Korea. Bangunan berkembar berketinggian 320 meter ini mempunyai sebuah sky bridge pada bahagian tengah dan rooftop canopy pada bahagian puncak menara.










Wednesday 23 May 2012

Anara Tower ~ Osem Unbuilt ( 7 Gambar )

Direka oleh Atkins Design Studio, menara setinggi 600 meter dengan 135 tingkat ini kelihatan seperti sebuah turbin angin yang sangat besar. Menara ini bakal mengandungi ruang pejabat, apartment, ruang perniagaan dan juga galeri seni. Menara ini juga mempunyai taman pada setiap 27 tingkat dan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui untuk menampung aktiviti di dalam menara ini. Sayangnya, pembinaan menara ini telah dibatalkan pada tahun 2009.
Osem...




Grand Lisboa Macau ~ Osem Design ( 11 Gambar )

Grand Lisboa yang terletak di Macau ini telah direka oleh arkitek Dennis Lau & Ng Chun Man mempunyai 58 tingkat dengan ketinggian 261 meter. Bangunan ini telah dibuka secara rasminya pada Februari 2007 dengan pembukaan kasino dan restoran manakala hotel telah dibuka pada desember 2008. Kasino dan restoran terletak pada struktur 8 tingkat berbentuk semi sfera manakala menara utamanya menempatkan hotel dengan kapasiti 430 bilik termasuk suite.
Osem...


Pages

Social Icons

Featured Posts

Facebook Page